Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2009

Badar dan Uhud

PEPERANGAN RASUL S.A.W. A) Peristiwa-peristiwa Sejarah Nabi s.a.w. hampir-hampir tidak sempat menetap selesa di Madinah apabila siri peperangan antara Baginda dengan Quraisy dan kabilah-kabilah Arab yang menyokong mereka bermula. Ahli-ahli sejarah Islam meletakkan beberapa istilah bagi siri peperangan ini. Mereka menamakan peperangan antara orang Islam dan orang musyrik yang disertai oleh Nabi s.a.w. sebagai Ghazwah. Sementara pertempuran kecil yang berlaku antara kedua pihak dan tidak disertai oleh Rasul s.a.w. dinamakan sebagai Sariyyah. Bilangan ghazwah sebanyak 26 ghazwah sementara bilangan sariyyah pula sebanyak 38 sariyyah. Namun dalam perbincangan tergesa-gesa ini, kami hanya menyebut ghazwah yang terkenal sahaja, iaitu sebanyak 11 ghazwah: 1. Ghazwah Badar al-Kubra Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi s.a.w. mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya deng